Saturday, November 16, 2013

...#3rd Admin's Birthday Bash Party...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Okeh ini cerita semalam punya...Pada 15 November 2013 ofis i ols telah mengadakan jamuan makan sekali lagi..Kali ini we ols meraikan mereka yang lahir pada bulan SEPTEMBER ~ OKTOBER ~ NOVEMBER ~ DISEMBER... Memang we ols awalkan sedikit jamuan ini sebab ada yang akan cuti bersalin pada awal Disember...Selain itu Unit Kewangan pun akan sedikit bz apabila tiba bulan Disember..






So kemeriahan tetap terasa walaupun big bos tak dapat nak join...Part paling meriah adalah makanan lah.. #nasi minyak #dalca #ayam masak merah #pizzahut #samosa #kek...Meriah kannn??? Simple decorations bagi menaikkan seri majlis...


Terima kasih daun keladi pada semua staff yang sangat sporting dan membantu bagi melaksanakan majlis ini...HAPPY BIRTHDAY TO --> Nazri - Amin - Azrina - Syu - Amir - Dayang - Faris...

...Short Trip to Taiping ~ Day 2...

Second day kami di Taiping...Masa untuk check out dari homestay...Bila duduk homestay memang terasa macam duduk rumah kan so perasaan bermalas malasan tu memang amat ketara...



Kami brunch di RESTORAN NASI VANGGEY...(yeah baru smlm kuar news caw Ipoh kena saman dan diarah tutup sebab kotor)... Biasalah kalau dah nasi kandar ni rasanya lebih kurang sama ja..Tapi alang-alang dah kat sini kita mencuba lah...





Dah kenyang dan sebelum balik kami singgah di MUZIUM PERAK terletak berhampiran Penjara Taiping...Memang sungguh kali ni kami macam p lawatan sambil belajar gitu...Bayaran masuk RM2.00 seorang dewasa..Muzium ni tengah dinaik taraf lagi...So mari lah kita belajar sejarah...Pasai zaman batu lah orang asli lah...dan macam-macam lagi...

Dari muzium kami pun gerak balik ke Penang...Maka berakhirlah cuti-cuti di Taiping Bandar Warisan bersama geng KDU...Thanks to all...Mudahan kita ada masa dan peluang untuk bercuti-cuti lagi...

...Short Trip to Taiping ~ Day 1...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Hello u ols today baru gigih mengupdet cerita-cerita basi...By the way pada bulan September 2013 yang lalu i ols bersama geng KDU telah bercuti-cuti di TAIPING BANDAR WARISAN...Ini juga salah satu adhoc plan..Berkat kegigihan semua ahli rombongan kami gerak awal pagi ke sana dengan harapan dapat masuk ke Zoo Taiping dengan harapan tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai..




Jadinya exit ja Taiping kami terus menuju ke ZOO TAIPING AND NIGHT SAFARI...Bayaran masuk adalah RM12.00 seorang dewasa dan RM8.00 bagi kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun...Bagi yang malas nak jalan boleh menaiki tram yang disediakan...Tapi kami memilih untuk berjalan kaki sendiri sebab baru lah dapat menghayati flora dan fauna di Zoo Taiping ini...Secara tidak langsung dapat jugak membakar kalori kannn....




Memang agak luas kawasan zoo ini ye kawan-kawan...Pelbagai jenis habitat haiwan dapat kita pelajari...Macam zaman sekolah dulu join lawatan sambil belajar...Sesuai untuk family nak bawak anak-anak skali skala melawat zoo...



Selesai meronda dalam zoo kami keluar untuk check in homestay yang telah kami booking...MIRZA HOMESTAY yang terletak di Kamunting...RM170/day terdapat 4 bilik + 2 bilik air...Memang selesa dan berbaloi...Masa on the way ke homestay kami singgah tapau lunch di MOM'S PRISON CORNER..terletak selepas trafik lite berhampiran Penjara Taiping...Pelbagai pilihan lauk pauk tengah hari...Memang kena dengan selera semua tambahan pula on the right timing orang kata...





Sekitar jam 5.30 petang kami gerak ke TAMAN TASIK TAIPING...Saja bersantai-santai sambil berposing...Lagipun disebabkan masing-masing sibuk memang dah jarang skali kami lepak..So time ni baru dapat get together...Memang cantik dan mendamaikan Taman Tasik Taiping ni...Tengok banyak newly wed couples tengah outdoor shoot...Bestnya...hehehe



Then dari Taman Tasik kami ke DOLI KUE TEOW GORENG...Salah satu makanan yang mesti cuba bila u ols berada di Taiping...Di sini bukan sahaja menyediakan kue teow goreng tapi menu lain pun ada juga ye..Ingatkan lepas Doli Kue Teow Goreng kami nak ke Yong Tau Foo Bomba tapi semua masih kekenyangan so kami gerak ke TAIPING SENTRAL...Mall yang terletak bersebelahan dengan Tesco Taiping...Meriah dan menarik juga Taiping Sentral ni...Memang Taiping dah banyak berubah...

End up lepas Taiping Sentral kami pun pulang ke homestay untuk rehat dan Zzzzz

...Cuti-Cuti Pantai Timur 2013 ~ Day 4...

::: Day 4 ~ (Kota Bharu - Penang):::

Pagi ni selesai breakfast kami packing-packing dan check out...Tiba lah masa nak pulang ke sarang semula...Dalam perjalanan pulang melalui jalan Jeli - Gerik kami singgah untuk membeli buah tangan yang terakhir iaitu keropok lekor dan keropok kering...Perjalanan yang hampir mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Penang...




Melalui banjaran titiwangsa yang indah permai...Jalan memang bengkang bengkok jugak lah so pada yang tak tahan sila standby minyak cap kapak siap-siap...Tiba di Penang jam 5 petang...Maka dengan itu berakhir lah cuti-cuti cinta kami pada bulan August yang lalu...

p/s : Tak sabar nak cuti-cuti cinta lagi next month ;)

...Cuti-Cuti Pantai Timur 2013 ~ Day 3...

Bersambung hari ketiga kami di bumi pantai timur Malaysia.....

:::Day 3 ~ (Pasar Besar Rantau Panjang - Kampung Kraftangan - Pasar Besar Siti Khadijah - Pantai Seri Tujoh):::





Hari ni destinasi pertama kami adalah PASAR BESAR RANTAU PANJANG...terletak di pintu sempadan Rantau Panjang - Thailand...Kalau u ols pernah sampai di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam so Pasar Besar Rantau Panjang ni pun lebih kurang sama...hampir majoriti barang yang dijual adalah barangan dari Thailand...Macam biasa lah jalan-jalan sambil cuci mata beli serba sedikit buat souvinier kat family dan kengkawan...





Dah habis jalan-jalan kat Rantau Panjang kami patah balik ke Kota Bharu...Kami ke KAMPUNG KRAFTANGAN...Kat area sini terletaknya pintu gerbang yang menjadi mercu tanda Istana..Ada juga muzium...Selain itu di dalam kampung kraftangan juga ada menjual handycraft seperti ukiran kayu, keychain dan banyak lagi...Jangan lupa singgah lunch di RESTORAN CIKGU NASI ULAM...Memang pelbagai hidangan menu tengah hari seperti ikan bakar, sayur, ulaman, ayam goreng...Harga sangat berbaloi...



Perut dah kenyang kami berjalan kaki ke PASAR BESAR SITI KHADIJAH...Terletak di belakang Kampung Kraftangan ja...Memang rambang dan terbeliak bijik mata tengok batik-batik halus yang dijual di sini..Harga memang kena pandai tawar menawar...Tapi sebab memang tidak berniat untuk membeli so tidak lah tanya harga...Cuma singgah beli rempah nasi dagang kiriman mama...

Memandangkan cuaca pada hari tu sangat panas membahang so kami decide balik ke hotel untuk mandi dan rehat dahulu..Petang nanti baru sambung jalan-jalan lagi...




After dah segar kembali, dengan bantuan WAZE kami menuju ke PANTAI SERI TUJOH...Ada apa di sana?? Misi mencari celup tepung lagi...Katanya selain dari PCB di sini pun ada deretan gerai yang menjual celup tepung...Kami singgah di salah satu gerai...Agak kecewa sebab tak banyak choice macam kat PCB..
Dah sampai so kami tetap mencuba...Ok PCB punya celup tepung masih tetap di hati...

Malam terakhir kami di Kota Bharu dihabiskan dengan pusing-pusing sekitar town...Akhir sekali sebelum balik kami singgah makan malam di ZAKINI NASI KUKUS...Ayam goreng panas-panas memang membuka selera :)

Dan apabila tank sudah full kami pulang ke hotel dengan senyuman :)


...Cuti-Cuti Pantai Timur 2013 ~ Day 2...

:::Day 2 ~ (Taman Tamadun Islam - Masjid Kristal - Kota Bharu):::

Destinasi pertama di hari kedua adalah TAMAN TAMADUN ISLAM...Bayaran masuk adalah RM10 per entry bagi dewasa dan kanak-kanak RM5...Kami tak masuk pun sebab cuaca panas terik sangat nak jalan-jalan kat dalam macam agak tiada pokok-pokok...Hanya berposing di entrance masuk...Jangan marah arrr...


Kami berjalan di sekitar kawasan tersebut menuju MASJID KRISTAL...Memang ianya terletak di dalam satu kawasan yang sama...Memang cantik struktur binaan serta design masjid tersebut...Menghayati pemandangan dari setiap sudut dan kawasan Masjid Kristal sambil tidak lupa untuk snap gambar la kan...



Niat di hati nak singgah beli kopok losong tapi sebab kami nak ke Kota Bharu nanti takdak fridge nak simpan pulak...Bye kan satu...Dah setel di Masjid Kristal kami pun beredar tinggalkan Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu...

Hampir 2 jam perjalanan kami tiba di Kota Bharu...Waze bantu kami untuk mencari HABIB HOTEL...Terletak berdekatan Mahkamah dan Bangunan Mara kalau tak silap...Hotelnya agak selesa bagi kami untuk bermalam di sini selama 2 malam...



Selesai check in kami berehat-rehat hilangkan penat...Pada sebelah petang kami ke satu destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai di Kota Bharu ini...Mana lagi kalau bukan PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)...Memang dah banyak berubah since last i ols ke sini...Di sepanjang pesisir PCB memang terdapat pelbagai gerai yang menjual celup tepung...Kalau dah sampai di PCB tak try celup tepung memang sangat rugi...

Kami singgah di RESTORAN CINTA SELERA...Katanya antara yang sedap kat PCB ni...So let's try...Anyway just soft reminder je lah ek...Harga celup tepung kat area PCB ni agak mencekik sikit lah...Tapi kalau just nak merasai kesedapan apa itu celup tepung why not invest skali skala...hehehe...Memang rambang mata nak pilih sebab semuanya nampak menggiurkan...Sedap dan sangat berbaloi dengan harganya...Kami pasti repeat ke sini lagi!!!


Dari PCB kami gerak ke KB Mall...Terletak betul-betul bersebelahan Tunes Hotel KB...Saja jalan-jalan cuci mata...Well memang tak besar mana sangat mall ini dan tak menarik perhatian sangat..Lepas tu kami ke PASAR MALAM WAKAF CHE YEH...Nak cari apa kat sini semuanya ada belaka...Kain pasang, batik, makanan, jersey, bundle, perfumes, tudung, shawl, brooch dan macam-macam lagi...Memang happening kat sini...Dan kalau nak membeli kena pandai2 bargain lah ye..

Dah selesai mencuci  mata di Pasar Malam Wakaf Che Yeh kami mencari makan malam...YATI AYAM PERCIK...Nak makan kat sana tapi ramai so tapau bawak balik makan kat hotel...Mungkin hari tu kurang bernasib baik sebab kuah ayam percik tu terlalu masin mmg tak boleh nak telan...So jadi out terus taste..

Till then end of Day 2.....